4 Mei 2011

Bagaimana Penjimatan Minyak Berlaku?

  1. Enjin yang anda miliki bernama Internal Combustion Engine (ICE) dan kebanyakkannya hanya 30% efisen dan ini bermakna 70% dari tenaga yang berada dalam petrol/diesel anda terbuang begitu sahaja.
  2. Buktinya, cuba anda hidu bau ekzos kenderaan, ianya berbau tengik iaitu bahan api yang tidak terbakar dan ianya adalah pencemaran.
  3. Cara yang betul untuk mendapatkan penjimatan ialah dengan menambah efisiensi enjin iaitu mendapatkan pembakaran yang sempurna.
  4. Dengan sedikit suntikan E-GAS ke kebuk pembakaran bersama-sama udara yang masuk akan membantu pembakaran 'flame spread' kerana hydrogen mempunyai kuasa 3X lebih besar dari petrol/diesel.
  5. Apabila enjin mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani beban, maka ECU kenderaan akan membuat adjustment untuk mengurangkan penggunaan petrol yang ditentukan oleh 'pulse width' iaitu berapa lama petrol harus disembur dan ini akan ditentukan oleh throttle pressure system (TPS). Jika enjin anda mempunyai cukup kuasa, maka anda hanya perlu menekan sedikit sahaja pedal minyak untuk membuka TPS (kurang tekan pedal minyak untuk kuasa yang sama).
  6. Begitu juga enjin diesel dan karburetor, anda akan kurang menekan pedal minyak untuk mendapatkan kuasa. Namun begitu, bagi sistem fuel injection pula mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu semburan 'fuel automization' di mana semburan lebih sempurna berbanding karburator yang menggunakan kaedah 'venturi'. Oleh itu penjimatan paling ketara adalah pada kenderaan Electronic Fuel Injection.